Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Wednesday, March 29, 2017

Tirp to Medan - Final Part


Ok, ampun udah telat baru mau update. Actually aku dah lupa since da 2 bulan x update, tapi aku cubalah korek2 sisa memory yang tinggal. Okay, after dah sarapan bagai once da touch down, kami terus shoot ke Danau Toba. From airport Medan ke Danau Toba lebih kurang 4-5 jam. Dengan jalan yang berpusing-pusing tu, memang mabuk dibuatnya. Tapi dun worry, let say kalau korang jenis yang mabuk dan terlupa nak beli ubat siap-siap from Malaysia, boleh minx supir singgah ke kedai runcit mana-mana di Medan untuk beli ubat AntiMol (anti-muntah). Seriously it works.. Ubat tu kalau korang beli di kedai runcit memang sangatla murah, dalam 15sen sebiji. Ubat tu mcm panadol, tapi once kau da telan, memang ngantuk dan x rasa mual ke apa. Cita skg aku menyesal tak beli banyak2 buat spare di Malaysia.sob sob..

Kitorang sampai hotel tu betul2 depan tasik Danau Toba. Memandangkan da petang and di Indonesia petang dalam kol 5 tu dah gelap, so malam tu just untuk rehat before ke Pulau Samosir esoknya.





view Danau Toba from hotel kami


Pulau Samosir 2nd day "Horas"

Pulau Samosir ni memang cantik. Perjalanan nak ke sini daripada Danao Toba takes around 1 jam. Memang sejuk cuaca kat sini. Ok, kat Pulau Samosir ni memang banyak kedai2 yang jual barang2an souvenir dan kain-kain, If korang nak shopping kat sini, aku suggestkan untuk korang pergi kedai yang hujung sekali. Harga dia sangat beza berbanding kedai yang depan even kita x tawar pun lagi.  Macam aku beli kain tenun yang sebiji dengan kawan aku, dalam 70,000 rupiah (RM23), kawan aku pula beli 180,000 rupiah (RM 60). Tapi, yang paling penting skil tawar-menawar tu sebenarnya kalau kata korang x sempat nak round setiap kedai. Tips yang aku boleh bagi kat sini, korang mestilah tawar 50% daripada harga yang ditawar. Kalau dia x bagi harga tu, buat-buat blah konfem dia panggil balik.



rumah orang batak,,tengok pintu dia kecik gila weh

perkuburan bangsawan kaum batak

depan jeti 



On the way balik daripada Pulau Samosir tu Agus bawak singgah di beberapa tempat untuk ambil gambar. Sejuk gila tempat dia, lagi sejuk dari Cameron Highlands.



belakang yang luas tu tasik Danau Toba..bapak luas


belakng ni air tejun, tinggi gila..boleh turun kat bawah tu, tapi aku malas


aku kan bajet superdiva, maka terhasillah pose menggelikan..ahaks


Hari ketiga

Ok, ni aku update mana yang ingat jelah ye. Pagi2 tu lagi Agus da bawak kitorang ke Gunung Sinabung sejenis gunung berapi yang keebtulan masih berasap sebab baru je meletus semalamnya. Memang cantik sangat tempat ni. Subhanallah rasa macm nak pergi lagi je. Balik tu, kami singgah ke tempat peberet aku, Pajak Ikan...yeayyyy

Gunung Sinabung


Shopping di Pajak Ikan

Ok, sebenarnya harga barang di Medan taklah semurah Bandung. Ada kain aku beli tu, beza dalam RM10 walhal kain yang sama. Cuma masih tak boleh kalahkan lah harga di Malaysia, still banyak beza. Mau sawan kalau korang pergi sana sebab kain-kain dia sangat cantik dan banyak pilihan. Cuma rimas bila orang ikut-ikut kita paksa beli souvenir bagai. Yang tak boleh blah tu, mamat yang ikut-ikut kita tu boleh cakap muka aku mcam Ayu Ting Ting.. cita skg muka aku memang muka orang belah-belah sana ke apa?aigooo.. Ada gak orang Indonesia kat sana cakap Kelantan dengan aku, wakakak...daebak.


Actually aku shopping banyak nak mams, tapi tah kemana tah gambar tu sume pergi. Kawan aku ada kirim telekung, balik tu puas hati dia. Siap mak dia pun nak kirim bagai. Jawapan aku, memang aku setiap bulan pergi Medan cita dye...memang xlah..haha.. kalau ada jumpa gamba nanti aku update lagi hasil tangkapan.Owh btw, korang kena try nasi goreng Indonesia sedapppppppp gilaaaaaaaa...serius. Dahla murah, pakej sekali air dalam RM4.50.. tapi ni kedai tepi jalan yang bersihla..sebab aku dah tak boleh blah nasi padang, minx Agus bawak makan tempat lain pulak.












with Agus yang baik dan sopan

Ok, thats it..Perjalanan yang sangat best walaupon penat, but enjoyyy.. Shopping kain sangat berbaloi.. Still murah lagi dari Malaysia..Wokayyyy, byee


Much Love
Ayoko


Surat cinta buat starla


ku tuliskan kenangan tentang
caraku menemukan dirimu
tentang apa yang membuatku mudah
berikan hatiku padamu
takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikmu
kan teramat panjang puisi
tuk menyuratkan cinta ini
telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa untuk dunia
kan telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukmu
aku pernah berpikir tentang
hidupku tanpa ada dirimu
dapatkah lebih indah dari
yang ku jalani sampai kini
aku selalu bermimpi tentang
indah hari tua bersamamu
tetap cantik rambut panjangmu
meskipun nanti tak hitam lagi
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu, untukmu, hidup dan matiku
bila musim berganti sampai waktu terhenti
mulai dunia membenci, ku kan tetap di sini
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu

Thursday, January 26, 2017

Kening bergerak-gerak/ Bulu mata jatuh - Kenyataan atau kebetulan


Assalamualaikum,

Hye everybody! Mood tengah x berapa nak ada, tapi kalau aku x sibukkan diri, aku akan terfikir2 benda yang jadi bertimpa-timpa kat aku sebulan dua ni. So, let's busykan diri okayy.

Lately, kening belah kiri aku selalu bergerak-gerak. Ada dalam 2 minggu jugak la, dan pada masa yang sama juga, bulu mata selalu jatuh, x kisahlah kiri ke kanan..hari ni pun beberapa kali dah bulu mata jatuh. Orang kata kalau bulu mata jatuh belah kanan ada orang rindu, kalau belah kiri pula ada orang tak suka. If kening pula, belah kiri nak nangis and belah kanan pula nak gembira. Idk, but benda yang paling aku risau sebenarnya bila kening bergerak-gerak. Sebelum ni, dua kali kening belah kiri aku begerak, tak lama kemudian berlaku perkara buruk kat aku.

Kening bergerak-gerak (belah kiri)
Kejadian pertama
A week before dan sewaktu kejadian tu, kening aku bergerak-gerak. And yeah, something happen to my family.

Kejadian kedua
Sepupu aku meninggal sebabkan kanser. Tapi sebelum tu galak kening aku bergerak non stop sampaikan aku rasa rimas. Time ni memang aku sedih sangat-sangat.

Kejadian ketiga
Kejadian ni baru je berlaku pada aku. 2 minggu kening aku bergerak-gerak, dan aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masa ni aku just fikir yang aku tak cukup rehat. Sebab at the same time mata belah kiri juga bergerak-gerak. Orang kata kalau mata bergerak-gerak tandanya nak nangis. Kebetulan belah mata kiri yang gerak-gerak. Aku risau dan terfikir-fikir ada ke benda buruk nak berlaku pada aku. Dalam hati berdoa supaya takde benda buruk jadi. Then, waktu aku nak balik dari ofis, wind screen belakang kereta aku retak 1000. Tak tahu nak nangis ke apa. Aku dah takde perasaan. Sebabnya, dari bulan 12 lagi sampai hari kejadian berlaku keretakan pada kereta aku, bertimpa-timpa nasib buruk berlaku pada aku. Love, career, difitnah, dianiayai and many things happen to me at the same time. Kegembiraan yang aku ingat akan berpihak pada aku tahun 2016 ternyata tak terjadi. Maybe 2016 bukan tahun aku. Kehilangan opah, kak Adah, putus cinta (3 huge incident) yang membuatkan aku sedih sangat2. But whatever it is, aku yakin kaitan dengan kening/mata yang bergerak ni just kebetulan. Itu semua kuasa tuhan kan?So, let's be positive okay..Allah kan ada..

Bulu mata (kiri+kanan)
Yang ni aku x sure. Tapi yang aku perasan belah kiri kerap. Probably memang aku tengah x berapa baik dan tak akan baik dengan ex aku since kejadian tempoh hari. Mungkin memang dye dah benci aku ke, idk. Entahlah, kalau dia nak membenci aku pun terpulanglah pada dia, walaupun aku sebenarnya mangsa yang dianiayai. Takpelah, Allah tu maha Adil. InsyaAllah adalah hikmahnya tu. Let's spread positive vibe okayy..

Ok, that's all. It just my experience facing dengan mitos/kata orang dulu-dulu. Probably korang pun ada experience benda ni jugak. Just doa banyak2 ok. n doakan untuk aku jugak k supaya sentiasa kuat..aminnn :)

Much love
Ayoko


Trip to Medan - First day

Assalamualaikum,

Morning yaww.. ok, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Just so u know, ni kali ketiga aku travel ke Indonesia. Jadi, berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan aku ni, skil tawar-menawar tang membeli-belah tu serahkan aje pada kakak..Tapi bab shopping tu, kemudian aku sharekan hasil tangkapan yang berjaya diperoleh.

So, tarikh yang aku da book dengan travel agent adalah pada 13-16 Jan 2017. Ok, memandangkan ni first time aku dengan kwn rapat nak bercuti bersama+ masing-masing x pernah pergi Medan, kitorang decide untuk ambil travel agent and complete pakej which included return flight, makan, hotel, transportation, supir dan entrance tiket. Total kesemua ni bagi aku sangat murah, hanya RM650 per head. Deposit kita bayar siap-siap di Malaysia, and balance tu bayar pada Agus, supir yang uruskan kitorang kat sana. Ko takyah pening kepala nak book hotel bagai, ape sume, sebab semua diorang dah settlekan. Tinggal bawak duit shoppimg ajerr...

Flight kitorang pagi, pukul 7.35 a.m. So, ko bayangkan pukul berapa nak gerak daripada rumah. Boleh tahan kemamaian aku terserlah. Imagine khamis tu aku meeting, selasa-rabu tu ada bengkel.  Jumaat pagi dah berangkat kol 3 pagi. Khamis tu kol 1.30 a.m baru tidur. Kau rasa? Bukan tidur-tidur ayam dah, kambing, babun, segala binatang dah aihh.haha

Perjalanan dari KLIA2 ke Medan tak lama, sejam ajer..Fuhh, lega mak. Bukan apa, aku ini jenis mabuk kalau naik apa-apa kenderaan. Mau kejung perut aku kalau lama-lama dalam kapal terbang. Tu belum cerita sistem pencernaan buat hal tetibe. Kelegaan besar untuk aku kalau sekejap je perjalanan ke sana.

By the way, waktu dekat Indonesia lewat sejam daripada Malaysia. Jadi, kitorang sampai kat Kuala Namu International Airport Medan ni lebih kurang 7.40 a.m macamtu. Disebabkan que panjang gila masa nak lepas kastam kat sana, kitorang settle semua tu dalam 8 lebih gak la. And, kitorang 4 orang adalah orang terakhir okayyy. Lepas je semua settle, aku dah nampak Agus tengah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku. Ok, legaa...

Kalau hampa nak tahu, nak menuju satu tempat ke satu tempat tu bapak laa jauhhh. Hari pertama tu kitorang terus ke Parapat, di mana terletaknya Danau Toba. Ok mak eksaited. Tapi nak menyampaikan ke sana tu, guess what, 5 jam. Kan aku cakap tadi, aku ni cepat mabuk. Lagi-lagi jalan berliku, perghhhhh biol otak aku. Ok, to be continue to the next part.. aku nak wat keje dulu.. Nah, akak blanje gamba..:)




Sebelum berlepas yaw...,muka ceria jer
Singgah sarapan kol 8.30 pagi...ayam penyett okayy..gile ah


Trip to Medan - Second day



Much Love
Ayoko